Disebabkan banyak kekeliruan yang timbul daripada iklan2 lama saya dan informasi daripada pelangan saya yang terdahulu. Sila Baca sebelum berurusan dengan saya.
Apa yang saya lakukan pada tahun lepas atau tahun sebelumnya untuk membantu pelangan mendapat pembiayaan kenderaan, banyak di antaranya sudah tidak dapat lagi di lakukan pada masa ini. Ini adalah kerana SYARAT DAN KELAYAKAN UNTUK MENDAPATKAN PINJAMAN ADALAH SEMAKIN KETAT DARI MASA KE SEMASA. ini disebabkan oleh keadaan ekonomi semasa dan kadar pinjaman tidak berbayar yang tinggi yang di alami oleh instutusi kewangan.
Oleh kerana saya sudah lebih 6 tahun menguruskan pinjaman yang tidak dapat di uruskan oleh jurujual lain, banyak iklan2 lama yang mengakibatkan kekeliruan. disamping itu banyak pelangan2 lama yang mengsyorkan kenalan atau ahli keluarga yang menghadapi masalah mendapatkan pembiayaan/pinjaman berurusan dengan saya. memang saya tidak akan dapat membantu mereka seperti saya membantu pelangan saya 1 ke 6 tahun lepas. Saya hanya dapat membantu dari apa yang dapat saya bantu pada masa ini.
Untuk Pertanyaan / Urusan Kereta terpakai sila call sahaja, lebih senang dan cepat untuk berurusan. Pada Masa Ini Terlalu banyak sms, wechat, whatsapp, dan banyak kerja untuk uruskan loan memang tak mampu untuk saya baca & reply. Begitu juga dengan miscall-miscall supaya saya call balik tidak akan di layan dan secara automatic akan masuk ke dalam reject list. Keutamaan saya pada masa ini adalah untuk uruskan loan yang sedia ada.
Terma & Syarat Utk Pinjaman Yang Ada Masalah
Saya Freelance Salesman, (Salesman bebas) tidak terikat dengan mana2 kedai kereta / dealer. Dan saya bukan broker, introducer atau kaki atas kaki.
beli kereta secondhand full loan memang saya tak dapat bagi kereta tiptop macam kereta baru kerana 2016 bank/ instutusi pinjaman cuma boleh bagi 90% pinjaman daripada nilai semasa kereta.
Mana Kedai ? Nak Tengok Kereta? Saya kena tengok dokument dahulu dan apa jenis kereta, baru saya tahu mana kedai/dealer yang saya boleh guna untuk uruskan loan.
Saya buat loan dulu, kalau dah approve baru saya cari kereta,
Proses , biasanya ambil masa 7 hari berkerja, paling lama 14 hari berkerja dan paling cepat hari ke 2 approve hari ke 4 dah dapat kereta. bergantung pada keadaan semasa.
Bila berurusan yang paling penting adalah berterus-terang. jangan sembunyikan apa2 masalah & maklumat yang berkaitan dari saya kerana ia akan menyukarkan kerja saya untuk membantu. dan sekiranya timbul masalah daripada hal tersebut saya tidak akan dapat membantu.
Cepat sementara masih dapat di uruskan
